Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Wednesday, 16 May 2012

Hidayah Allah ♥


Hidayah Allah boleh turun kepada sesiapa saja, dalam pelbagai cara..wallahualam~~



Pelakon Yatt Hamzah, 32 terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.

"Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat."

Sebelum itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis popular.

"Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat."

Peliknya, kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan Allah sambil menangis.

Dalam sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan aurat diseksa Allah di neraka.
Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran neraka yang amat mengerikan itu.

"Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka."

"Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung."

Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.


~WALLAHUALAM~

Wednesday, 21 December 2011

Buat bakal suamiku....


Saat aku bergelar isteri...


Aku akan menjaga setiap langkah perjalananku...
Aku akan menjaga setiap tutur kataku...
Aku akan menjaga diriku dari pandangan orang lain...
Insya Allah...

Aku akan berhias untuk dirimu...
Aku akan menjaga makan minummu...
Aku akan menjadi permaisuri hatimu...
Insya Allah...

Aku akan menjadi kekasih yang setia untukmu...
Aku akan menjadi isteri mithali bagimu...
Aku akan menjadi ibu untuk anak-anakmu...
Insya Allah...

Tapi...

Berjanjilah untuk membawaku bersamamu menuju Syurga... 
Kau menjadi imam bagi rumahtanggaku...
Kau akan menyayangiku apa adanya...
Kau mencintaiku setelah kau mencintai ALLAH dan RASUL...
Insya Allah...





Saturday, 10 December 2011

Gerhana bulan..


 

Alhamdulillah, dpt jgk aku tunaikan
solat sunat gerhana bulan tadi..
rase happy + bersyukur sgt..
sbb bkn selalu kn kte boleh buat solat2 mcm ni..
aku buat entry ni pn just nk share skit info tntg gerhana bulan..
Gerhana Bulan adalah tertutupnya sinar matahari oleh bumi sehingga bulan berada di dalam bayang-bayang bumi. 
Gerhana bulan terjadi saat matahari, bumi dan bulan berada pada garis lurus di mana bulan terletak di belakang bumi dan dan bumi berada di antara matahari dan bulan.
blh refer gmba kt ats tu.. =)

(click photo to enlarge)
cantik kn??dpt jgk aku capture gerhana bulan ni tadi..

jenuh zoom..



Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi”
Solat sunat gerhana ni hukumnya sunat muakkad, maknenye sunat yg dituntut..
cara nk buat solat sunat ni pn x susah..
mula2, niat...


Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I’tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I’tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua
1. Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I’tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I’tidal.
7. Sujud
8. Tahiyyat Akhir
9. Salam
 

HIKMAH DAN SEBAB GERHANA 
Terdapat beberapa sebab dan hikmah mengapa Allah menciptakan kejadian ini. Antaranya yang dijelaskan oleh para Ulama ialah, Allah mahu menakut-nakutkan hambanya dan membuktikan bahawa Bulan dan Matahari tidak lebih dari kekuasaan-Nya. Abu Musa ada menyebut bahawa tanda-tanda ini ialah disebabkan Allah mahu menakutkan para hamba-Nya. Kata beliau, "Tanda-tanda yang Allah kirimkan ini bukanlah karena kematian atau kehidupan seseorang, tetapi Allah sedang manakut-nakutkan hamba-hamba-Nya dengannya, maka jika kalian melihat sesuatu yang demikian itu, bersegeralah untuk mengingat Allah, berdo’a dan meminta ampun kepada-Nya"[2].

Selain daripada menakutkan para hamba-Nya, menurut Imam Ibrahim al-Baijuri, antara hikmah berlakunya fenomena gerhana ialah sebagai peringatan kepada golongan penyembah matahari dan bulan bahawa kedua-dua matahari dan bulan adalah makhluk yang tunduk dan patuh pada kekuasaan Allah. Jika kedua-duanya adalah tuhan sebagaimana dakwaan mereka, nescaya akan menjaga dirinya daripada kekurangan, lalu mengapakah cahayanya boleh hilang seketika?

Monday, 14 November 2011

Anugerah Allah pada wanita..


15 Anugerah Allah pada Wanita tidak pada Lelaki

Bergembiralah wahai kaum wanita.... 

1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.





Nk taw Allah syg kita?


Pesan Dr Azhar utk tahu Allah sayang pd kita: 

Lihat juga adakah binatang suka pd kita, jika binatang pun x suka kat kita apatah lagi manusia, moga boleh sama2 kita muhasabah diri....Boleh juga cuba pergi kat kolam ikan tgk ikan dtg atau pergi bila kita dekat dgn kolam tu..akan nampak kebesaran Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang..

Monday, 7 November 2011

Islamic info, berguna utk semua..


Assalamualaikum & selamat hari raya Aidiladha..

sempena hari raye ni, aku nk share sikit info yg sgt berguna utk kita semua.. =)
aku terbaca info ni dari 1 kertas, dan aku rase tertarik utk menaip dan share dgn korg semua..
ok, klau nk taw, sila teruskn membaca..


Petua Imam Syafie:
4 perkara utk sihat:


1. Empat perkara utk menguatkan badan:

  • makan daging
  • memakai haruman
  • kerap mandi
  • berpakaian dari kapas


2. Empat perkara melemahkan badan:

  • banyak berkelamin (bersetubuh)
  • selalu cemas
  • banyak minum air ketika makan
  • banyak makan bahan yang masam


3. Empat perkara menajamkan mata:

  • duduk mengadap kiblat
  • bercelak sebelum tidur
  • memandang yang hijau
  • berpakaian bersih


4. Empat perkara merosakkan mata:

  • memandang najis
  • melihat orang dibunuh
  • melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat


5. Empat perkara menajamkan fikiran:

  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi (gosok gigi)
  • bercakap dengan orang soleh
  • bergaul dengan para ulama


4 cara tidur:


1. tidur para Nabi:

  • tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.


2. tidur para ulama' & ahli ibadah:

  • mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.


3. tidur para raja yang haloba:

  • mengiring ke sebelah kiri untuk mencerna makanan yang banyak dimakan.


4. tidur syaitan:

  • menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka.


ok..sekarang aku nk share tentang kelebihan surah Al-Fatihah yg banyak kegunaan utk kehidupan seharian kita.



1. baca 14 kali sebelum tidur:
  • suami & anak2 akan mengingati kita selalu.


2. baca 41 kali dan tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
  • untuk melepaskan rasa sakit dalaman.


3. baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur:
  • kepada orang berpenyakit mental


4. baca 3 kali, tiup dalam segelas air, minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit:
  • untuk sakit yg keterlaluan


5. baca 7 kali dan sapu ke atas kepala:
  • untuk bayi yang suka menangis pada malam hari dan pada bila2 masa.


6. baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit mulut, kemudian sapu di tempat yang sakit:
  •  untuk luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu.



ok, skrg, aku nk share info yg aku dpt dr FB, aku just copy & paste..sila bace klau belum pernah terbaca..

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje. sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. Apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus. Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini, garenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL # JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,
SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik..tapi, kalau tak percaya...kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter............
Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan:
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr. dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia. 
2. Cara Rasulullah mengunyah Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.

Cara Rasulullah minum:
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H2O, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Sama2lah kita mengamalkannya, insyaAllah...



Saturday, 29 October 2011

Tips menjadi kaya..


Assalamualaikum semua..

hrp semua sihat..aku da sihat, cuma suare je masih 'sexy'..hehe..
xpe la..bkn selalu dpt suare 'sexy' mcm ni kn.. =)
ok2..straight to the point..
hari ni aku nk bg tips utk jadi kaya..
klau x kaya pn, murah rezeki la kate org..
nk taw tipsnye?mse cuti 4 bulan hari tu kn aku kje..
dpn kedai aku tu ade kdai yg ala2 Islamic skit..
dier jual frame2 ayat Al-Quran & buku2 islamic..
aku ade terbaca tajuk 1 buku tu..
lbh kurg 'tips menjadi kaya' jgk la tajuknye..
nk taw ape rahsienye?
senang je..rahsienye kte msti selalu bersedekah..




maybe klau korg rse berat nk bersedekah sesama manusia, korg blh bersedekah pada haiwan..
bg  je haiwan makan..xde ruginye..dpt pahale lg tu..
lg untung klau yg menerima sedekah tu mendoakan kte semula..
lgpn, aku yakin klau kte selalu bersedekah, kte xkan miskin..
bahkan rezeki kte makin murah, makin bertambah..
hmm..lg 1, klau nk murah rezeki, amalkan solat duha..
yg ni aku dah lme xbuat..huhu..nnt nk mulakn blk la..
ok kawan2..tu je yg aku nk share petang ni..
semoga kte semua dpt mengamalkannye..
happy weekend..tata.. =)

Sunday, 23 October 2011

Amalkan....


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Semoga dapat menjadi amalan kita semua.. :)



Saturday, 3 September 2011

Gambaran Hari Kiamat



Assalamualaikum wbt..
ni ada sedikit info yg aku 'copy&paste' utk aku kongsikn dgn korg semua..
hrp tuannye redha sbb aku gunakn atas tujuan yg baek..=)

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat


...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


Tuesday, 14 June 2011

Aku Sangat Takut.......


Assalamualaikum semua..
hari ni aku nk share 1 bnde dgn korg semua..
it's about hari kiamat..
mntak maaf dulu kpd sape2 yg x berminat, xpyh la bce..
tp bg aku, beruntung bg org yg bace entry ni..
klau korg nk taw, aku ni sgt suke mengkaji tntang hari kiamat..
mungkin korg x percaye sbb aku nmpk mcm org biase2 je..
xnmpk mcm pmpn solehah/alim pn..
tp hakikatnya, dah mcm2 artikel yg aku bace, mcm2 video yg aku dah tgk..
semuanya tentang hari kiamat..
terpulang la pd korg sme ade nk pcayekn aku atau tidak..
aku cume nk share je dgn korg, ape yg aku rase perlu..
hmm..ni aku nk share 1 artikel yg dtulis pd tahun 2009 dulu..

kata seorang paderi kristian yg sgt berpengaruh & banyak mengkaji ilmu Al-Quran :
"Setahun dua ni adalah haji yg terakhir bagi umat Islam..selain tu, kamu sudah berkahwin??sekarang ini adalah keturunan Islam yg terakhir melangsungkan perkahwinan..jika kamu tidak berumah tangga dalam setahun dua ni, kamu akan menyesal seumur hidup..tidak ada lagi kesempatan utk berumah tangga apabila dajjal dilepaskan dari rantai yg mengikatnya sejak sekian lama..kerana umat Islam sendiri yg membuatkn rantai itu terputus.."

hmm...aku xtaw mcm mne nk gmbarkn perasaan takut aku skrg ni..
berdasarkn video2 yg aku dah tgk, mmg dajjal tu dah lama wujud..
cuma dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama 'Al-Jassasah'..

ok, cuma tu je yg aku blh share dgn korg..selebihnye korg tgk la sndri video 'The Arrival' & lepas tu korg akn tahu betapa dunia ni sgt2 menghampiri hari kiamat..
pesanan aku utk korg semua, bersabarlah dgn 'The Arrival' tu sbb terlalu banyak episodnye..

~WALLAHUALAM~


Saturday, 11 June 2011

Kiamat Tahun 2012??



Assalamualaikum semua..
hmm..aku ade terbace ni kt mne ntah..aku rase nk share ngn korg..
so aku just copy & paste:


Tahun 2012 merupakan tahun berlakunya hari kiamat? Siapa kata? Semua tu daripada Filem 2012 yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Berdosa taw kalau kita umat Islam ni percaye kiamat akan berlaku pd tahun 2012 nnt.. Hari kiamat tu kan dah ditetapkn oleh Allah S.W.T. Tapi..dengar cerita tahun 2012 ni akan berlakunya bencana besar..Betul ke?? Ape-ape pun saya nak postkan cerita yang diambil dari post bulletin friendster yang saya terima..baca yer..

"Peristiwa Besar 2012"
Berikutan peristiwa besar 2012 suatu perbincangan diantara ulamak luar telah memutuskan perkiraan mengikut tanda-tanda dan rentetan peristiwa yang telah berlaku di atas muka bumi berkemungkinan besar adalah benar. Pada minggu lepas (26/07-03/08/2009) sahabat ana telah pergi ke KL atas urusan keluarga. Kebetulan sempat berbincang panjang pasal peristiwa besar 2012
dengan seorang Syeikh Maulana (guru) yang banyak menyumbangkan tenaga di dalam menjayakan PERKIM. Beliau suka berbincang dan bertukar pendapat bersama ulamak di wilayah Negara Arab dan Negara timur tengah. Baru-baru ini beliau telah pergi ke Iran,Kaherah…… Beliau mengatakan sejumlah 400 rakyat Iran yang pergi ke Mekah dijangkiti virus selesema babi. Kita ketahui bahawa Mekah dan Madinah adalah kawasan selamat tetapi jangan lupa kekuasaan Allah s.w.t. Di Kaherah, kerajaan telah membuat operasi besar-besaran menghapuskan haiwan babi. Begitu juga di Iran. Persoalannya kenapa Malaysia tidak melakukannya? Berdasarkan hadis dan kajian ulamak tahun 2012 berkemungkinan besar berlaku bencana alam yang megakibatkan banyak penduduk dunia kehilangan nyawa dan harta benda.Wabak penyakit banyak menular. Generasi manusia akan susut. Beliau menambah lagi kenyataan bahawa peristiwa 2012 itu adalah jangkaan tetapi tidak mustahil berlaku lebih awal. Nasihatnya supaya hidupkan zikir dalam diri masing-masing bermula sekarang. Kini beliau sedang perhebatkan dakwah berikutan hal ini di kawasan Kuala Lumpur. Sama ada percaya atau tidak terpulang pada diri masing-masing.

Hadis
1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012
bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika beritahu pada 21-12-2012 planet X akan lintas ke bumi )Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita lihat hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal huru hara 2012.

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kamu telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kamu ke dalam rumah kamu, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kamu, sumbatlah telinga kamu. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Kajian NASA
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter (musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. bulan mei 2009 planet ini jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi <cuba search video dier kt youtube>.. mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan). AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...