Tuesday 4 October 2011

Tanda2 lelaki jatuh cinta...


Assalamualaikum semua..

hari ni aku nk share something yg aku rse sgt menarik..
tq kak ain, for this info..
kte share jgk ye? =)


Tanda2 lelaki jatuh cinta:


  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  • Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  • Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.(ye ke?)
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.(yg ni salah kot ;p)
  • Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  • Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  • Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  • Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
  • Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.
  • Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  • Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. (WALLAHUALAM...)
  • Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. (WALLAHUALAM...)



2 comments:

POPO said...

hehehe..popo ade x sikap cmni?hehe

~ ika popo ~ said...

selain yg ade (bracket) kt hujung tu, semua awk..ye kot...;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...