Assalamualaikum semua..
hari ni aku nk share something yg aku rse sgt menarik..
tq kak ain, for this info..
kte share jgk ye? =)
Tanda2 lelaki jatuh cinta:
- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela & ikhlas bukan kerana terpaksa.
- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
- Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
- Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.(ye ke?)
- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
- Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.(yg ni salah kot ;p)
- Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
- Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
- Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
- Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
- Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
- Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
- Dia ikhlas mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
- Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
- Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.
- Dia suka membanggakan kekasihnya di depan org lain.
- Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. (WALLAHUALAM...)
- Apabila muncul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. (WALLAHUALAM...)
2 comments:
hehehe..popo ade x sikap cmni?hehe
selain yg ade (bracket) kt hujung tu, semua awk..ye kot...;p
Post a Comment